Tim Van Damme Inspired by Tim Vand Damme

Penafian

Salam pembuka bicara.Tujuan blog ini dibuat adalah untuk mengumpul artikel yang bagi aku sangat rare , takde juai punye.Bukan bertujuan untuk dijadikan artikel hak milik aku,dan di publish atas nama aku.Semuanya hanya untuk rujukan aku masa hadapan.Andai kata anda terjumpa artikel anda disini,dan mahukan kredit atau nama,sila berbuat demikian kepada aku . Aku hanya insan hina .

Galeri

Blog

Types of lenses used by Ray-ban

Ok disini Abang Chik akan berkongsi info tentang lens atau cermin kanta yang digunakan oleh Rayban kerana terlampau banyak yang bertanyakan saya tentang hal ini.

Sebenarnya buat pengetahuan anda, Rayban mempunyai empat jenis lens iaitu B15 XLT lens, G15 XLT lens, polarised lens dan normal lens (saya tidak akan bincangkan disebabkan tiada ciri istimewa lens jenis ini).

1) B15 XLT lens
Ray ban yang menggunakan lens B15 XLT lens adalah selalunya bewarna brownish, ianya menghalang 100% sinaran UV dan hanya membenarkan 15% sahaja cahaya nampak yang melaluinya (85% lagi akan ditapis). Lens brownish ini akan menapis dan mengurangkan jumlah cahaya biru yang memasuki mata. Cahaya biru merupakan cahaya yang mudah dikesan oleh mata manusia dan memberikan corak dan kesan terhadap penglihatan manusia.



G-15 lens yang digunakan rayban clubmaster

2) G15 XLT
Lens jenis ini mempunyai ciri yang serupa seperti B15 XLT tetapi bezanya ia bewarna greyish/greenish .G-15 lens sebenar dibagunkan oleh Ray ban untuk kegunaan tentera Amerika dengan design Aviator.
Cabaran untuk membangunkan lens G-15 adalah "colour natural” dengan kata lain, lens G-15 XLT menapis cahaya seperti mana mata manusia melakukanya. Jika anda mahukan lens yang memberi kesan contrast yang yang minimum antara colour, lens G-15 XLT adalah sesuai dengan anda kerana memberikan colour sensitivity kepada mata manusia. Ini bermakna warna yang anda lihat melalui lens akan secara semulajadi dan secara lembut masuk kedalam retina mata.
Kedua-dua kanta B15 XLT dan G15 XLT mempunya ciri anti-calar. Kualiti kedua-dua jenis kanta ini sangat unik dan hanya dimiliki oleh ray ban.

Contoh Lens G-15 yang digunakan oleh Rayban


3) Polarized Lens
Kanta polarized penting untuk memotong kuantiti cahaya “glare” yang di hasilkan oleh pantulan permukaan seperti air atau semi-transparent object dan juga pantulan dari permukaan metal.“Glare” bermaksud kesukaran untuk melihat sesuatu dalam cahaya yang terang.
Cahaya matahari, sebagai contoh akan memacarkan cahayanya melaui radiation secara rawak pada semua arah. Kanta jenis polarized sesuai untuk pemandu/penunggan motosikal yang sukar untuk melihat disebabkan cahaya terang ketika memandu (selalunya matari berada pada kedudukan depan pemandu).
Kanta polarized mempunyai permukaan “laminated” dengan vertical stripes yang dibaluti filter, dimana berfungsi untuk cut-out cahaya lintang dengan hanya membenarkan cahaya tegak (vertical-light) untuk melaluinya. Dengan kata lain, jika anda memakai kanta polarized, anda akan melihat secara baik jika berada berhampiran laut atau tasik serta ketika pemanduaan.

wayfarer yang menggunakan kanta polarized

4) Lens Base
Kanta jenis ini lebih merujuk kepada base curve atau front curve diukur dengan menggunkan istilah “diopters”, term yang digunkan oleh opticians. Oleh itu, anda dapat melihat pada ray ban aviator mempunyai “Lens Base 6” bermakna mempunyai curved,design dan fungsi sebagai kaca mata.

Yang rare Design by Insight © 2009